KETIKA semua pihak berganding bahu membantu menjayakan Kempen Merokok Merbahayakan Kesihatan kepada seluruh pelusuk masyarakat di negara ini ternyata masih ada pihak stesen TV dan artis di luar sana yang tidak peka dengan seruan kerajaan itu.
Bukan SS sengaja nak buat cerita memburukkan stesen TV dan artis yang dimaksudkan itu, sebaliknya perkara itu berlaku secara terang-terangan kerana program terbitan stesen itu disiarkan di kaca TV dan ditonton ramai orang.
Insiden itu berlaku dalam satu program yang membabitkan wawancara dengan satu kumpulan terkenal dari seberang dan ia disiarkan di stesen TV berkenaan, baru-baru ini.
Secara kebetulan, rakan SS berpeluang menonton program itu dan ternampaklah salah seorang anggota kumpulan berkenaan dengan wajah selambanya merokok dengan asap yang keluar berkepul-kepul dari mulutnya. Perbuatan anggota kumpulan itu merokok juga juga dapat ditonton dengan jelas di kaca TV pula.

Macam mana perkara itu boleh terlepas dari potongan pihak stesen TV itu? Bagi SS, perkara itu tidak akan berlaku jika pihak stesen TV lebih sensitif dan berhati-hati jika mengundang artis dari seberang untuk di wawancara pada masa akan datang.
Pihak stesen TV juga perlu memberi penerangan yang terperinci mengenai etika dan garis panduan yang perlu dipatuhi sebelum seseorang artis atau mana-mana kumpulan pun terutama dari seberang untuk bersiaran di kaca TV atau terbabit dalam mana-mana program terbitan stesen TV kita.
SS harap, teguran ini dilihat dari sudut yang positif dan menjadi panduan pada stesen TV lain supaya insiden artis merokok tidak kena tempat itu tidak berulang pada masa depan.
0 comments:
Post a Comment